KUCHING: Lima kes baharu positif  COVID-19 dicatat di Sarawak pada Selasa menjadikan 87 kes keseluruhan sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya memaklumkan daripada lima kes baharu itu dua disaring atau dirawat di Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu (2) dan Hospital Miri (1).

Dalam kenyataan sama, JPBN Sarawak juga memaklumkan, 52 kes baharu Pesakit Di bawah Siasatan (PUI) COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 879 kes.

“Daripada jumlah itu, 735 adalah negatif, sementara 57 kes PUI masih menunggu keputusan makmal,” kata kenyataan itu.

Sehingga kini, Sarawak telah merekodkan lima kematian.

Sumber : Astro AWANI