Ramai pengguna di negara ini yang menyatakan kerisauan membeli barangan buatan China yang dijual di laman e-dagang Shopee susulan kes jangkitan koronavirus.
Menjawab hal tersebut, Shopee berkata risiko jangkitan virus itu kerana barangan buatan China yang dipasarkan menerusi laman e-dagang itu mengambil masa yang lama, iaitu lebih 24 jam untuk sampai ke Malaysia.

“Kami tidak akan mengambil mudah isu ini dan mengambil langkah perlu bagi memastikan pelanggan membeli barangan di platform kami tanpa ragu-ragu,” tulis Shopee menerusi laman sosial.

Langkah pencegahan merupakan satu kemestian, ini termasuklah nyah kuman dilakukan setiap hari di gudang penghantaran di China.

Selain itu, aspek kebersihan seperti mencuci tangan dan penutup mulut diwajibkan kepada semua pekerja dalam mengendalikan barangan. 

Terdahulu, tular mengenai satu maklumat palsu yang berupa amaran, menggesa rakyat Malaysia menghentikan pembelian online kerana barangan buatan China berisiko tinggi susulan kes koronavirus yang hangat diperkatakan kini. – CARI