Ningsih Tinampi membuat dakwaan tidak masuk akal apabila mendakwa Rasulullah SAW dan malaikat berada di sampingnya ketika dia merawat pesakitKredit foto: SOSOK
Umat Islam di Indonesia marah dengan dakwaan kontroversi seorang dukun wanita yang mengaku boleh menjemput Nabi Muhammad SAW dan malaikat ketika mengubat pesakitnya.

Menurut laporan Buletin Sabah yang memetik Tribunnews pada 17 Januari lalu, Ningsih Tinampi dituduh sebagai sesat.

Dia mula meraih populariti selepas memuat naik rakaman video tentang upacara mengubat pesakitnya termasuk dalam YouTube.
Dalam rakaman video baru-baru ini, Ningsih bertindak keterlaluan apabila mendakwa Nabi Muhammad SAW dan malaikat hadir di sampingnya ketika dia merawat seorang wanita.

Ningsih mula popular setelah rakaman video dia mengubat pesakit dimuat naik dalam YouTubeKredit foto: Suara Jawa Tengah
Malah, seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut, pesakit itu juga mengesahkan dakwaan Ningsih.
Dukun wanita itu seterusnya menerima kecaman hebat daripada umat Islam di Indonesia yang menggesa supaya dia bertaubat.

Dalam rakaman video berikutnya, Ningsih menyatakan permohonan maaf kepada umat Islam, namun pada masa sama masih mempertahankan dakwaannya.

“Allah memang memberiku kelebihan itu dengan tujuan agar boleh mengingatkan orang ramai kembali ke ajaran Islam.”Saya boleh berkomunikasi dengan Rasulullah SAW, kerana saya diutuskan untuk melakukan perkara itu,” katanya.

Mungkin ada yang tidak kena dengan kesihatan mental Ningsih.