JAKARTA: Slamet Hari Natal, bukanlah sekadar ucapan bersempena sambutan Hari Krismas di Indonesia, tetapi juga adalah pemilik nama kepada seorang lelaki.

Slamet Hari Natal, 57, dinamakan sedemikian bersempena tarikh kelahirannya pada tanggal 25 Dis 1962Menurut laporan media tempatan, nama lelaki itu diberikan oleh Bu Kis Kiyo, bidan yang membantu kelahirannya.

Nama unik, anak kepada pasangan Syamsuri dan Ngatinah itu dicadangkan bidan yang menyambut kelahirannya selepas ibu bapanya mengalami kesulitan untuk menamakan anak mereka.

Nama warga asal Wonomulyo Kecamatan Poncokusumo, Kabupaten Malang, Jawa Timur itu yang kini bekerja sebagai buruh di Malang, menjadi sorotan media tempatan dan tular di media sosial setiap kali menjelang sambutan Krismas.”Saya beragama Islam dan tidak berniat untuk menukar nama, tiada masalah, yang penting kita saling menghormati agama lain,” katanya dipetik media tempatan.

— BERNAMA

Sumber : Astro Awani