BULGARIA: Suntik bibir 17 kali menggunakan asid hialuronik untuk tambah saiz bibir sehingga empat kali ganda lebih mungil.

Gadis Barbie, Andrea Ivanova, 22 tahun, dari Bulgaria, nekad menjalankan rawatan itu semata-mata mahu menjadi gadis berbibir paling besar di dunia. 

Ivanova juga tidak menolak untuk menjalankan banyak lagi prosedur bagi menjadikan asetnya itu lebih besar dan bercadang melakukan lagi dua rawatan sebelum hujung tahun ini.

Masih bergelar penuntut, dia menghabiskan sekitar £134 (RM722) untuk setiap rawatan dan pada September lalu, gadis itu mengambil sebanyak 15 suntikan.

Mula menjalankan rawatan itu pada tahun lalu, Ivanova akui lebih gembira dengan saiz bibir sebegitu.

“Saya suka dengan bibir saya sekarang. Berbibir besar menjadikan saya lebih cantik.“Saya pergi ke setiap klinik untuk bertanyakan prosedur estetik di Sofia (bandar di Bulgaria) dan saya menyuntik hampir kesemuanya ke bibir saya.

“Tidak ingat berapa banyak saya sudah menghabiskan wang untuk bibir ini,” katanya menurut laporan Mirror.com.

Setakat ini, dia memiliki 15,000 pengikut di Instagram.

Bagaimanapun, hampir setiap selfie yang dimuat naik menerima kecaman negatif, terutamanya daripada kaum wanita.

Sumber : Astro Awani