Pelbagai restoran dan kafe wujud dengan juadah istimewa menjadikan Ipoh, Perak ini cukup unik. Antaranya adalah kafe ala Harry Potter yang masih belum ramai mengetahui akan kewujudannya.

Kafe berkonsepkan inspirasi dari filem Harry Potter ini antara yang menarik untuk dikunjungi. Menerusi perkongsian oleh Nur Mazlina Bt Azli di Twitter, kafe tersebut sangat menarik untuk dikunjungi.

Selain dari boleh berehat sambil minum kopi, kafe ala Harry Potter ini juga cukup menarik untuk menangkap gambar. Tambah gadis berusia 23 tahun ini lagi, walau pun berasal dari bandar itu namun dia sendiri tidak sedar akan kewujudan kafe tersebut.

Selain itu, Nur Mazlina yang turut bekerja sebagai barista di Starbucks turut mengesyorkan air Butterscotch float untuk dicuba. Untuk yang tertanya-tanya, nama kafe ini ialah ‘Platform 9 1/2’.

Jadi jika anda berkesempatan ke Ipoh nanti bolehlah singgah di kafe ini dan kawasan sekitarnya.

Sumber: nreleen via HCL